Old ConMan

Monday, July 19, 2004

Berapakah harga bagi sebuah nyawa?

Hati ini sangat pilu. Teramat sedih. Dunia tidak lagi seindah dulu. Kisah Darren mati akibat bergelut dengan 11 pemuda amat menyayatkan kalbu. Apa yang lebih memilukan lagi ialah orang yang berada di tempat kejadian cuma memandang kejadian ini berlaku tanpa melakukan apa-apa. Masyarakat telah berubah dengan disedari dan tanpa disedari. Tidak kira siapa yang mulakan, siapa yang bersalah... ini tidak sepatutnya melibatkan satu nyawa.
 
Paling sedih semestinya orang yang paling menyayanginya - keluarga dan bakal isterinya. Ibu bapa Darren semestinya tidak dapat menerima hakikat bahawa anak lelaki tunggal mereka mati bukan akibat duit berjuta-jut, atau atas sebab yang lebih menyakinkan; tetapi adalah atas sebab kerana sepatah ayat. Lebih-lebih lagi mati di Malaysia, tanahair yang selama ini dianggap aman dan damai. Bayangkan si bakal isterinya berdiri di tepi melihat orang yang dijangka akan hidup bersamanya seumur hidup dibelasah bertubi-tubi dengan dahsyatnya. Pasti gila jadinya seandai si bakal isteri itu adalah anda.
 
Peristiwa ini membuktikan beberapa kenyataan:

  1. Nyawa tidak lagi bernilai dalam masyarakat sekarang.
  2. Semua orang mementingkan diri sendiri.
  3. Fikiran kebanyakan orang masih tidak matang. Masyarakat masih terbahagi kepada kaum/kelas/agama.
Tak sampai hati lagi untuk terus menaip coretan ini. Kalian semua selamat malam.

2 Comments:

  • oh yeah ..life has really become "priceless" nowadays.... the society has fallen sick.. everywhere is a danger

    By Blogger jelly, at July 20, 2004 at 3:25 AM  

  • hidden story for Darren case is, the 11 arrested foreigners are not the murderers. The real murderer is still enjoy life out there. Those powered person can use their power to cover the real story and even buy others life to pay for their fault! What a crazy world!

    By Blogger micol, at July 24, 2004 at 9:46 AM  

Post a Comment

<< Home